Aku sudah lama sangat tak menulis
di dalam blog ini. Hanya idea-idea bermain difikiran. Tetapi kali ini aku rasa
macam terpanggil untuk menulis apabila melihat berbagai-bagai suasana yang
tidak elok melanda negara. Terlebih dahulu aku hendak maklumkan bahawa aku
bukan terlalu banyak membaca. Mungkin kerana banyak urusan harian. Justeru,
jangan kalian semua terlalu banyak mahu aku buktikan dengan fakta. Sememangnya
aku tak nafikan, bukti dan fakta itu sangat penting dalam penulisan.
Salah satu perkara yang melanda
negara ketika ini adalah krisis kejatuhan matawang yang cukup memberi kesan
kepada rakyat. Aku sendiri merasakan itu. Di mana silapnya sehingga kadar
inflasi hampir mencapai tahap tertinggi dalam tempoh 3 tahun dan hutang isi
rumah di negara ini merupakan yang tertinggi di Asia? Siapa yang mesti
bertanggungjawab untuk semua ini? Aku ta nafikan factor ekonomi global
menyumbang kepada permasalahan ini. Tetapi bagaimana perancangan negara untuk
menghadapi masalah ini. Apakah pemimpin-pemimpin negara masih tidur lena tanpa
perlu memikirkan semua ini?
Apakah mereka memahami denyut nadi
dan penderitaan rakyat? Aku tengok senang sangat penyelesaian mereka bila
menghadapi krisis ini iaitu dengan menaikkan harga barang, mengurangkan subsidi
dan mengenakan cukai tak munasabah. Kalau macam ini saja yang dapat mereka
lakukan tak payah la berbangga sangat untuk jadi pemimpin. Bila keadaan ekonomi
baik pun duit tak ada. Hutang negara masih juga banyak, apatah lagi dengan
situasi sekarang. Jadi persoalan sekarang ini apa lagi yang kita sebagai rakyat
biasa boleh harapkan dengan pimpinan kerajaan sekarang untuk kelangsungan hidup
kita dan generasi anak-anak pada masa akan datang?
Sedarlah wahai bangsaku,
bergantunglah pada diri sendiri sekarang ini tanpa mengharapkan apa-apa dari
kerajaan. Sedikit demi sedikit aset negara tergadai kepada negara luar angkara
ketamakan individu yang kononnya melaungkan ikrar integriti dan sayangkan
negara. Aku benar-benar kecewa. Mereka inilah yang diibaratkan seperti ketam
yang mengajar anaknya berjalan lurus tanpa mengetahui ianya sendiri tak boleh
berjalan betul. Kemarahan dan kekecewaan aku tidak akan mudah pudar. Tidak
seperti sesetengah orang yang cepat reda kemarahannya bila diberikan sedikit ‘gula-gula’bila
tibanya pilihanraya lantas terus memuji kebaikan atas pemberian itu tanpa
menoleh peristiwa lalu dan bayangan natijah atas pilihan yang telah dibuat usai
pilihanraya. Sekali lagi mereka akan disembelih. Inilah orang yang benar-benar
bodoh.
No comments:
Post a Comment